PERATURAN CUTI & BALIK KAMPUNG
Pelajar hanya dibenarkan balik ke kampung pada cuti MAAHAD yang diarahkan dan ditetapkan oleh pihak pentadbiran.
16.1 Ibu bapa yang menggunakan wakil untuk
mengambil anak tuan puan harus memaklumkan pada Maahad.
16.2 Pelajar Dilarang bermalam di rumah kawan
kecuali mendapat kebenaran penjaga.
16.3 Dalam keadaan kecemasan pelajar mestilah:
- Mendapat
kebenaran daripada Pengetua.
- Menunjukkan
surat atau bukti waris yang menjemput pelajar. Ini adalah untuk menentukan
bahawa keadaan kecemasan itu adalah sah.
- Pelajar
– pelajar dikehendaki pulang semula pada hari yang ditetapkan ke asrama
sebelum jam 6.00 petang.
- Pelajar
yang tidak hadir/ pulang ke asrama mesti mengemukakan
surat akaun doktor atau surat keterangan daripada ibu bapa/ penjaga.
Tanpa maklumat tersebut pelajar dianggap ponteng.
- Ibu
bapa/ penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika pelajar tidak hadir
dan diminta memberi penjelasan. Sekiranya pihak sekolah tidak menerima
sebarang keterangan bertulis, tindakan berikut akan diambil:
- Tidak
hadir 3 hari berturut-turut; pelajar akan dipanggil untuk kaunseling.
- Tidak
hadir 10 hari berturut-turut; surat amaran dihantar.
- Tidak
hadir 2 minggu berturut; pelajar akan ditamatkan pengajian
Ulasan
Catat Ulasan