Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PERINGATAN KHAS

PERINGATAN KHAS

Semua pelajar mestilah mematuhi peraturan asrama/Maahad selagi menjadi pelajar di Maahad ini dan bertindak serta berperilaku yang tidak menjejaskan kesucian agama Islam/ nama baik Maahad, guru-guru dan ibu bapa. Semua kesalahan yang dilakukan oleh pelajar akan direkodkan dalam buku rekod kesalahan Warden/ guru disiplin. Lembaga Jemaah Disiplin Maahad atau mudir berhak untuk menambah atau mengubah peraturan-peraturan ini dari semasa ke semasa serta menjatuhkan hukuman yang sewajarnya ke atas pelajar-pelajar yang didapati bersalah.