Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PERATURAN AM MAAHAD

PERATURAN AM MAAHAD

1.0  Berikut yang dibawah adalah peraturan-peraturan Maahad Tahfiz Darul Furqan DSP Salim Bacho. Jika didapati mana-mana pelajar atau sekumpulan pelajar yang melanggar mana-mana peraturan Maahad akan mengenakan tindakan disiplin. 1.1  Peraturan ini boleh dimansuhkan , atau diubah atau ditambah peraturan baru dari semasa ke semasa oleh pihak Maahad. 1.2  Pelajar-pelajar dikehendaki: Menghormati dan mematuhi semua peraturan Maahad dan segala arahan ustaz , staff dan ketua yang telah dilantik oleh Maahad. Merasa bertanggungjawab menjaga harta benda Maahad dengan baik. Menjaga nama baik dan imej diri sendiri dan juga nama baik Maahad. Dilarang membuat bising atau sebarang kekecohan di dalam dan sekitar Maahad.