PERATURAN OUTING BULANAN
Pelajar dibenarkan keluar outing / ke bandar mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengurusan Maahad. Outing setiap bulan sekali. (Hari sabtu @ ahad yang pertama di setiap bulan dari jam 6.00 pagi hingga 5.00 petang)
#AKAN DIMAKLUMKAN DALAM GROP
14.1 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan madrasah pada hari
cuti am. Kebenaran keluar asrama pada waktu lain hanya dibenarkan untuk rawatan
pesakit, kecemasan, atau sebab-sebab lain yang wajar sahaja.
14.2 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran ustaz.
14.3 Permohonan untuk keluar bermalam selain daripada tarikh yang telah
ditetapkan oleh Maahaf perlu dihantar oleh ibubapa sekurang-kurangnya 3 hari
sebelum permohonan untuk dipertimbangkan oleh ustaz.
14.4 Pelajar tidak dibenarkan keluar mengikut penjaga pelajar lain
kecuali dengan surat/call kebenaran ibu bapa pelajar atas sebab-sebab yang
dinyatakan.
14.5 Pakaian keluar ke bandar adalah pakaian rasmi madrasah ( jubbah & serban )
14.6 Setiap pelajar tidak dibenarkan memegang telefon waktu outing
14.7 Semasa hendak keluar meninggalkan asrama atau pulang ke asrama, wajib memaklumkan pada guru guru atau ketua pelajar
14.8 Pelajar tidak dibenarkan outing sendiri
14.9 Pelajar tidak dibenarkan keluar dengan mengikut kawan atau ibu bapa
/ penjaga pelajar lain kecuali mendapat keizinan daripada pengetua dan ibu bapa
/ penjaga
Ulasan
Catat Ulasan