PERATURAN ASRAMA

7.0 Asrama hendaklah dijaga dengan bersih. Kasut, pakaian, buku dan lain-lain barang kepunyaan sendiri mestilah disimpan dan disusun dengan baik.

7.1 Penghuni hendaklah membuang sampah-sarap di tempat-tempat yang disediakan.

7.2 Tempat tidur hendaklah dikemaskan dengan rapi setiap hari. Kain selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di hujung katil. Kain cadar / sarung bantal hendaklah dikemas sebaik sahaja bangun dari tidur

7.3 Tuala dan pakaian basah hendaklah disidai di penyidai kain yang telah disediakan. Adalah dilarang menyidai di tingkap, di katil dan di kaki lima bangunan.

7.4 Penghuni asrama tidak dibenarkan mengubah katil, almari atau barang lain dan alatan asrama mengikut sesuka hati.

7.5 Penghuni dikehendaki berada di tempat tidur selewat-lewatnya pada pukul 10:00 malam.

  • Lampu / kipas hendaklah dimatikan ketika meninggalkan asrama kecuali jika terdapat penghuni yang sakit.
  • Semua pakaian hendaklah dilipat dan diatur dengan kemas di dalam almari. Meletak pakaian di bawah bantal atau tilam adalah dilarang.
  • Semua pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan bilik tidur ketika waktu kelas al-Quran, ulangkaji, kelas tambahan, waktu solat dan waktu-waktu aktiviti diluar asrama.
  • Pelajar tidak dibenarkan bermain semua jenis permainan padang/ luar (outdoor) di bilik tidur, anjung asrama, bilik belajar dan lain-lain lagi.
  • Kerosakkan disebabkan oleh perbuatan pelajar akan diminta ganti rugi ikut kadar kerosakkan


PEMERIKSAAN ASRAMA

8.0       Pemeriksaan pada setiap hari dijalankan oleh ketua bilik kelas sebelum masuk kelas

8.1       Pemeriksaan mengejut akan dilakukan oleh ustaz bertugas sekiranya perlu.

8.2       Ketua asrama perlu mengunci asrama apabila ahli dorm lain pergi ke kelas atau menghadiri kegiatan – kegiatan tertentu yang lain dan kunci asrama hendaklah diserahkan kepada ustaz.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEPERLUAN PELAJAR HAFIZAH

SENARAI KEPERLUAN PELAJAR BAHARU / LAMA

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PELAJAR HAFIZAH