MAKAN DAN MINUM

5.0 Pelajar perlu mamatuhi masa makan yang berikut:

  • Sarapan pagi: selepas kelas satu
  • Makan tengahari: selepas solat zuhur
  • Makan malam: selepas solat isyak

5.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar dari dewan makan

5.2 Pelajar yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu mestilah memaklumkan kepada ustaz yang bertugas untuk tindakan.

5.3 Dilarang berebut-rebut semasa makan.

5.4 Dilarang bersifat tamak dan mengambil makanan yang berlebihan.

5.5 Dilarang membuat bising seperti berteriak-teriak, melaga-lagakan sudu dan garfu , pinggan mangkuk dan sebagainya.

5.6 Pelajar hendaklah mematuhi peraturan-peraturan dewan makan seperti berikut;

  1. Pelajar hendaklah makan dan minum dengan adab nabawiyah seperti menggunakan tangan kanan dan duduk dengan beradab.
  2. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dapur kecuali yang bertugas sebagai khidmat.
  3. Pinggan, mangkuk, cawan , dulang dan lain-lain peralatan dapur tidak dibenarkan bawa keluar dari dewan makan.
  4. Pelajar mesti duduk dan makan secara kumpulan.
  5. Selepas makan , pelajar-pelajar dikehendaki mencuci pinggan dan cawan sendiri, membersihkan tempat makan dan membuang lebihan makanan ke dalam bekas yang disediakan.
    • Makanan yang dibawa/ diterima dari rumah/ kampung hendaklah disimpan dengan baik dalam almari masing-masing.
    • Makanan basah, mudah basi dan berbau tidak boleh dibawa ke dalam asrama.
    • Tidak dibenarkan menggunakan barang dapur untuk keperluan diri sendiri

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEPERLUAN PELAJAR HAFIZAH

SENARAI KEPERLUAN PELAJAR BAHARU / LAMA

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PELAJAR HAFIZAH