Catatan

PERINGATAN KHAS

Semua pelajar mestilah mematuhi peraturan asrama/Maahad selagi menjadi pelajar di Maahad ini dan bertindak serta berperilaku yang tidak menjejaskan kesucian agama Islam/ nama baik Maahad, guru-guru dan ibu bapa. Semua kesalahan yang dilakukan oleh pelajar akan direkodkan dalam buku rekod kesalahan Warden/ guru disiplin. Lembaga Jemaah Disiplin Maahad atau mudir berhak untuk menambah atau mengubah peraturan-peraturan ini dari semasa ke semasa serta menjatuhkan hukuman yang sewajarnya ke atas pelajar-pelajar yang didapati bersalah.

TINDAKAN TATATERTIB

Semua pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Maahad. Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang melanggar peraturan sekolah mengikut kesalahan disiplin yang dilakukan. Guru yang mempunyai autoriti untuk menghukum/ mengenakan tindakan tatatertib terhadap pelajar yang didapati bersalah ialah Mudir dan guru besar Antara tindakan yang mungkin diambil ialah: Nasihat 1 untuk pelajar, Nasihat 2 memaklumkan pada mak ayah nasihat 3 pergantungan kelas atau buang kelas Dikenakan denda yang ringan seperti bacaan al quran, dan solawat, tulisan, atau arahan daripada ustaz. Kaunseling ibu bapa/ penjaga bersama pelajar Surat Amaran Penggantungan/ ditamatkan pengajian Tindakan atas budi bicara pihak sekolah

PERATURAN BARANG LARANGAN

Semua pelajar  dilarang  membawa atau menggunakan barang-barang yang dilarang ini di Maahad/ asrama. Barang-barang larangan tersebut adalah seperti berikut: Semua bahan atau alatan berbahaya yang boleh mencederakan termasuk: Bahan api/ bakar seperti mercun, mancis, ubat nyamuk lingkaran, dan lain-lain. Peralatan tajam seperti pisau, gunting, parang dan lain-lain. Senjata api seperti pistol, senapang dan lain-lain. Semua peralatan elektrik kecuali seterika. Semua bentuk bahan hiburan yang boleh melalaikan termasuk: Telefon bimbit, kad memori dan kad sim. Buku, komik, atau majalah hiburan/ lucah. Alat-alat permainan kecuali yang dibenarkan Alat elektronik seperti MP3, MP4, pendrive, radio, laptop,kaset dan lain-lain. Pengecas dan semua yang melibatkan eletrik Alat-alat muzik. Semua bahan yang boleh merosakkan diri dan membawa ketagihan termasuk Minuman kera...

LARANGAN AM

Pelajar  dilarang  melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam, nama baik sekolah/ asrama, guru-guru dan ibu bapa. 20.1 Pelajar dilarang menghina atau mengeluarkan sebarang kata-kata keji atau kesat yang boleh menimbulkan pergaduhan atau lagho Pelajar dilarang bersiul dan menyanyi lagu yang melalaikan dan mengganggu ketenteraman. Semua pelajar ditegah/ dilarang duduk atau melepak di atas tembok, siling, bumbung atau mana-mana tempat yang tinggi dan berbahaya. Semua pelajar dilarang meminjam, mengambil atau menggunakan barang-barang kepunyaan orang awam seperti basikal, motosikal dan lain-lain di dalam atau di luar sekolah. Dilarang berhutang sesame kawan Dilarang menggunakan harta Maahad tanpa kebenaran

PERATURAN RAMBUT DAN KUKU

Semua pelajar wajib cukur botak setiap bulan sekali Potong kuku setiap hari jumaat Pelajar dilarang sama sekali mewarnakan rambut, kuku atau mana-mana anggota badan yang lain tanpa alasan yang munasabah.

PERATURAN PAKAIAN

18.1 Secara umumnya, pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sopan, bersih dan kemas yang mencerminkan imej pelajar tahfiz sama ada di asrama,kawasan Maahad atau di luar Maahad. 18.2 Pakaian rasmi untuk MAAHAD jubah putih, kopiah putih, 18.3 Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian ketat, seluar jeans dan baju bercorak gambar atau mempunyai tulisan kata-kata yang tidak sopan 18.4 Waktu solat semua pelajar diwajibkan memakai jubah semasa ke surau untuk solat berjemaah. Pelajar dinasihatkan tidak memakai baju-T semasa bersolat atau sebarang aktiviti kerohanian. Pakaian yang dipakai seharusnya bersih dan kemas. 18.5 Pelajar diwajibkan memakai pakain rasmi Kelas (Isnin – Jumaat) Program Rasmi Majlis Ilmu Majlis Taklim Solat 18.6 Pelajar diwajibkan memakai pakain rasmi dengan serban untuk solat jumaat. 18.7 Waktu main semua pelajar mesti memakai baju-T, seluar panjang ‘track bottom’ dan kasut sukan/ kanvas. Pelajar-pelajar tidak ...

PERATURAN SAKIT DAN RAWATAN

Pelajar yang sakit hendaklah memaklumkan kepada ustaz yang bertugas untuk dihantar ke pusat rawatan (jika perlu) 17.1     Ibu bapa / waris akan dimaklumkan semasa anak anak sakit. 17.2     Kekerapan sakit akan di peringatkan samada nak teruskan peajaran atau berhenti 17.3     Pelajar yang sakit kronik, demam yang kuat dan penyakit berjangkit, dibenarkan balik ke rumah/ kampong 17.4     kos tinggi rawatan akan di tanggung oleh ibu bapa pelajar